Extra Cekap Enterprise Penipu Atas Talian Paling Dikehendaki!

Salam!

Saya telah menerima banyak laporan berkenaan dengan Extra Cekap Enterprise melalui ruangan komen pada artikel (https://scamlizt.blogspot.my/2015/12/akan-bermula-sekarang.html) yang telah banyak menipu pengguna/pembeli atas talian. 

Justeru itu ayuh marilah sama-sama kita bersatu tenaga membanteras jenayah atas talian ini, tidak kira apa jua nama mereka, pangkat mereka, nama syarikat mereka guna atau nombor akaun mereka gunakan, ayuh gunakan manfaat ruangan komen dibawah, kongsi maklumat yang pernah menipu anda sebelum ini.

Blog ini dilayari hampir setiap hari bagi mereka yang sedang mencari maklumat berkenaan dengan scammer-scammer yang terdapat di Malaysia ini.

PERHATIAN: Segala maklumat yang diberikan kepada kami, kami tidak akan bertanggungjawab jikalau didapati maklumat yang diberikan itu adalah tidak benar, segala apa yang berlaku adalah tanggungjawab anda sendiri. Harap dapat memberi kerjasama demi masa depan mereka yang diluar sana, supaya mereka tidak ditipu. INGATLAH setiap perkara kebaikan yang membantu orang lain atau menyelamatkan orang lain daripada sesuatu keburukan, Allah SWT akan memberikan pahala yang tidak ternilai harganya.

PS: Bagi anda yang pernah kena tipu dengan Extra Cekap Enterprise, jangan lupa buat laporan polis dan dapatkan maklumat bagaimana untuk berhubung dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengenal pasti siapa dalang disebalik Extra Cekap Enterprise ini. SSM mempunyai satu jabatan/department yang dikenali sebagai Siasatan Jenayah.




Sekian.

Yang benar,

Scam List Malaysia

Comments

Post a Comment