Berhati-Hati Dengan Mohamed Fairuz Pada Bulan Disember 2016 Ini!

Assalamualaikum

Jika anda pernah kena kencing dengan Mohamed Fairuz Bin H sebelum ini, saya harap anda banyakkan bersabar, balasan Tuhan pasti akan tiba jua, hanya masa sahaja yang akan menentukannya.



Pada artikel kali ini, saya ingin menasihatkan kepada anda yang akan membeli belah di Mudah.my, maka berhati-hatilah dengan si bakal ahli Neraka ini pada bulan ini (jikalau dia tak menyerah diri dan membayar semula wang-wang yang telah diambil) jikalau dia berbuat demikian dan dia bertaubat maka dia bakal menjadi ahli Syurga.

Untuk pengetahuan anda, antara taktik yang sering digunakan oleh scammer-scammer diluar sana ialah, mereka menipu si pembeli dengan menggunakan nama id Mudah.my pada hari ini misal kata contoh: Jibby dan nombor telefon 012-3456789, maka setelah dia mendapat wang daripada si pembeli maka mereka akan mematikan/buang nombor telefon sedia ada, block aplikasi WhatsApp, Facebook dan lain-lain lagi. Selang beberapa hari kemudian maka mereka akan muncul kembali dengan menggunakan nama id Mudah.my yang baru serta nombor telefon yang baru (beli nombor daripada hasil wang haram). Ada juga mereka yang menggunakan nombor akaun bank yang sama dan ada juga mereka menggunakan nombor akaun bank yang berbeza (mungkin atuk nenek dorunk punya).

Jadi, bagi anda yang bakal berurusan dengan penjual di Mudah.my, pastikan anda screenshot terlebih dahulu barang apa yang dijual, dapatkan nama si penjual, nombor telefon, nombor ic kalau boleh, alamat kedai dan lain-lain perkara yang boleh menjadi bahan bukti jikalau anda di tipu selepas melakukan transaksi pada si penjual.

Semoga dengan artikel ini dapat membantu ramai pengguna atas talian daripada ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Ikhlas,

Scam List Malaysia

Comments