Assalamualaikum
Semalam aku melihat ramai sahabat-sahabat aku di media sosial iaitu Facebook, mengemaskini status mereka berkenaan dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M 2017 (#BR1M2017) kecewa dengan keputusan yang mereka perolehi setelah sekian lama menunggu.
Ada diantara mereka diberi alasan seperti gaji melebihi RM4000.00 sedangkan gaji isi rumah mereka hanya sekitar RM2800.00 sahaja dan tidak berniaga atas talian atau lain-lain. Ada juga mereka diberi alasan perlukan pengesahan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk pengesahan pendapatan mereka, padahal mereka baru saya bermula untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan atas talian seperti menjadi agen, dropship dan seumpamanya.
Adakah ini satu konspirasi yang telah dirancang? Adakah mereka sengaja melengahkan masa bagi untuk menutup mata rakyat, bahawa negara kita sebenarnya sudah tidak mempunyai wang yang secukupnya? Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terjadi semua ini.
Jadi,
Apakah bakal terjadi kepada mereka yang menzalimi akan rakyatnya diakhirat kelak? Adakah mereka bakal menjadi penghuni Syurga kelak?
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya." (Asy-Syuura 42:42)
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." (Hud 11:113)
Sebuah riwayat dari Abu Hurairah radiyallahu anhu menyebutkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
"Tiga orang yang Allah enggan berbicara dengan mereka pada hari kiamat kelak. (Dia) tidak sudi memandang muka mereka, (Dia) tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda). Dan bagi mereka disiapkan siksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, Penguasa yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabur." (HR. Muslim)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:
"Siapapun pemimpin yang menipu rakyatnya, maka tempatnya di neraka." (HR. Ahmad)
Wallahu A'lam

Hanya masa yang akan menentukan segalanya.
Comments
Post a Comment