Scammer di Carousell 2017

Berikut merupakan maklumat yang telah dihantar oleh seorang pelapor melalui alamat emel scamlistmalaysia[at]gmail.com

Nama penipu : Tengku Nurul Nasihah
Nombor telefon penipu: 013-220 0961 
Nombor account penipu: 114842019135
Nama account carousell : nfrhnrlnsh 
Amount/Jenis barang: RM700 IPhone 5s 64gb secondhand.

Saya N****. Saya pembeli kepada penjual tersebut. Tarikh mula bayar kepada penjual tersebut 13/06/17 berjumlah RM50. Mula mula saya di suruh untuk membayar deposit supaya penjual tersebut boleh tolong simpankan dahulu telefon tersebut untuk saya. Selepas beberapa hari, saya hubungi penjual tersebut untuk maklumat telefon tersebut dan penjual tersebut mengatakan bahawa keadaan telefon masih dalam keadaan yang baik sebab adik dia jaga dengan betul. lepas itu, saya di minta untuk bayar baki selebihnya pada 15/06/17 sebanyak RM650. Malangnya, saya telah di tipu. Saya hubungi nombor penjual tersebut banyak kali tetapi penjual tidak menjawab panggilan saya. Penjual tersebut asyik memberi alasan kepada saya. Mula - mula, alasannya adalah datuk dia telah meninggal dunia dan mereka sekeluarga balik ke kampung. Selang satu hari, saya tanya kepada penjual tersebut bila hendak pos barang saya tapi yang saya dapat hanya lah alasan. Dia kata dia belum balik dari kampung, dan dia akan balik dari kampung pada waktu pagi selepas sahur. Dalam pada masa itu juga, saya berasa tidak sedap hati. Setiap hari saya menghubungi penjual tersebut tetapi penjual tersebut tidak membalas WhatsApp saya. Lepas itu saya ugut dia, dia kata telefon itu ada pada adik dia dan adik dia yang tolong pos kan. Lepas itu dia langsung tidak balas lagi. Saya taip mesej lebar lebar pun tidak di layan tetapi WhatsApp penjual tersebut menunjukkan 'online'. Ya, saya tetap dengan pendirian saya untuk mesej dan hubungi penjual itu. Lama-kelamaan, penjual tersebut tidak dapat dihubungi lagi kerana dia 'block' nombor saya. Jadi sebagai pembeli, saya harap sangat pihak tuan puan dapat membantu saya. Amaun RM700 itu bukanlah sedikit bagi saya.
























Comments

  1. Banyak ke kes penipuan di carousell, bgaimana cara nak detect scammer

    ReplyDelete
  2. Scammer di Carousell 2018/2019
    Ben Hamzah

    Fake Account 1: hamzah82
    https://my.carousell.com/hamzah82


    Fake Account 2: mrchrishoy
    https://my.carousell.com/mrchrishoy/

    ReplyDelete

Post a Comment