Kebangsatan Scammer Rumah Sewa Pasca COVID-19!

Salam

Maaf kerana sudah terlalu lama tidak update, al maklum busy sikit akhir2 lepas dalam menumpaskan scammer-scammer yang ada diluar sana melalui dunia nyata.

Ok sekarang aku nak share dengan korunk kisah Kebangsatan Scammer Rumah Sewa Pasca COVID-19!

Yela, kita semua sedia maklum bahawa, ramai yang hilang kerja pada zaman COVID-19 ni, so ramai yang ambil peluang untuk jadi scammer, tak kira scammer apa jenis sekali pun, scammer seluar dalam, scammer ipong, scammer tayar, scammer baju dan macam2 lah, salah satu scammer yang agak bahaya iaitu scammer rumah sewa.


Meh aku citer sikit modus operandi mereka ni:

1. Dorunk akan post iklan dekat fb, mudah.my atau mana2 media sosial yang trafik tinggi, dorunk akan post gambar rumah orang lain punya.

2. Akan letak ayat2 manis dekat description.

3. Dia minta kita wasap dia kalau berminat.

4. Bila dah wasap, tanya, dia cakap masih available.

5. Lepas tu dia akan saiko, "rumah ni dah ada 2-3 orang tanya dah, tapi masih belum ada yang booking, kalau ada orang bayar booking akan dapat dekat orang tu la"

6. Onwer akan bagi macam2 alasan bila nak datang tengok rumah.

Itu adalah sedikit sebanyak modus operandi yang boleh aku share, jadi berhati2 lah sebelum nak buat apa2 perkara, jangan mudah percaya, biarlah terlepas, asalkan kita tidak rugi pada kemudian hari.

Akhir kata, jari tengah untuk scammer yang masih aktif diluar sana!

Ok bye!

Admin
Scam List Malaysia

Comments

  1. Admin tolong tengokkan nama company ni boleh Win Impact Network Sdn Bhd. Check ssm semua xwujud, pastu produk kat kkm pun xda..byk target org tua..ayah mertua beriya nk join support bumiputera katanya..tq admin..

    ReplyDelete
  2. harap dapt update senarai scammer dlm bidang forex yng bermaharaja lela di FACEBOOK.
    byk senarai yang scammer diFB tidak ada disenaraikan disini.

    ReplyDelete

Post a Comment