Berhati-Hati Dengan Maxmillion Malaysia Agency!

Salam

Hari saya ingin mendedahkan satu lagi perkara yang anda semua perlu berhati-hati iaitu dengan Maxmillion Malaysia Agency. 


Saya tidak mengatakan mereka adalah scammer, tetapi berhati-hati, anda boleh cuba-cuba untuk menyertainya dan lihat apakah modus operandi mereka jalankan dan berhati-hati juga dengan data peribadi yang anda kongsikan dengan mereka.

Berikut merupakan perkara-perkara aneh yang terdapat di internet:

Perkara 1: Google Maps review


Tukang pemberi review seolah mereka disuruh dan dipaksa untuk meletakkan review, ingat pembuka akaun Google adalah percuma dan ianya tidak mustahil yang meninggalkan review tersebut dan juga like adalah orang yang sama.

Dan tukang pemberi review tersebut juga tidak ada seorang pun dari Google Local Guide yang mempunyai level yang tinggi seperti level 7, 8, 9 dan 10. Kesemua tukang pemberi review tersebut adalah seolah-olah baharu sahaja membuka akaun tersebut.

Perkara 2: Iklan yang meragukan


Terdapat banyak iklan-iklan yang meragukan yang terdapat di Facebook dan juga TikTok, anda boleh search sendiri dengan menggunakan kata kunci Maxmillion Malaysia Agency.

Ingat, tiada jalan mudah untuk senang, yang ada adalah jalan mudah untuk jatuh miskin.

Jadilah pengguna bijak!

Jikalau terdapat info-info terbaru, sila tinggalkan diruangan komen.

Terima kasih and jari tengan buat para scammer!

Admin Scam List Malaysia

Comments

  1. Replies
    1. Saya dah join, totally scam. Banyak putar belit.. sikit² guna ayat² agama untuk mempengaruhi kita.. End Up duit sy burn.. Kesian dekat orang yang betul² susah...

      Delete
    2. Zaman skang ni nak tau scam atau tidak, mudah je..video tik tok di bawah ni tunjuk cara untuk check secara professional dan efficient:

      https://www.tiktok.com/@lavella83/video/7220997516467178757?lang=en

      Nasihat sy klu nk check, buat checking secara professional, bukan hanya baca artikel atau comment individu yang bersikap negatif, maybe dengki atau suka jatuhkan org lain.

      Delete
    3. Berdaftar ke tak tu blkg citer. Dlm iklan kata keje keyin data. Rupa-rupanya :-

      1. Sblm start keje tu wajib bayar yuran keahlian RM19.90. kerja keyin data org mengundi dulu xde pun kena bayar sblm start keje.

      2. Cari orang untuk join guna ayat/cara yg dorg ajar.

      3. Pastu baru keyin data org yg kita berjaya tarik untuk join tu. Klau company lain, dorg yg keyin semua. Yg ni kita kena keyin sendiri supaya menampakkan kerja "keyin data" tu.

      4. Dah berjaya tarik mangsa join. Mangsa tu dah bayar yuran, baru kita dapat bahagian kita. Kalau tak dpt tarik org join, 0 ringgit la jawabnya. Faham??

      Ni bukan kerja keyin data dpt gaji bulan2 tau. Kerja keyin data yg sebenar adalah kita keyin data yg disediakan oleh syarikat ke dlm sesuatu program @ aplikasi. Tiap2 bln dpt gaji company byr tanpa suruh kita cari orang. Kalau cari org utk join pastu keyin data org tu baru dpt RM..tu namanya PENIPU!!! Berdosa besar wahai sahabat..bertaubat sebelum terlambat..

      Delete
    4. takutnyeee,,,sy tgh join webinar die smbil bce comment ni Allahu,,,ape nk jd ni,,sy kne keluar cepat ii ni,,,Astaghfirullah

      Delete
    5. Nasib baik ramai yg bagi feedback kat sini. Saya tngh join webinar dia sekarng. Alhamdulillah Allah bagi petunjuk

      Delete
    6. kalau kerja cari orang baru dapat duit, cakap terang terang kerja cari orang mintak duit orang, baru dapat komisyen, bukan sembang kerja pengurusan admin la mende lah

      Delete
  2. Legal tak semestinya halal. Maxmillion menjalankan sistem MLM jadi perlu ada lesen AJL. Kata untung juta2, membayar 500juta kepada pengguna takkan tak mampu buat lesen AJL 1993.

    Dan pekerja yang diambil bukan bertugas untuk keyin data sebab kalau bekerja keyin data. Data tu disediakan oleh syarikat. Ni kena carik prospek sendiri dan keyin data tu. Itu adalah AGEN. So itu dah ada unsur penipuan.

    Kedua, agen diwajibkan oleh TEAM LEADER untuk langgan/beli sebiji. DIWAJIBKAN! Padahal produk tu bukan satu kehendak untuk agen beli dan tak diwajibkan OLEH SYARIKAT smart rental. Tetapi diselewenh oleh team maxmillion demi mengaut keuntungan so kat sini ada unsur penganiayaan kepada pengguna/agen.

    So konklusinya, MAXMILLION ni bukanlah satu peluang pekerjaan tetapi satu bisnes sewa laptop REFURBISHED yang berteraskan SISTEM PIRAMID atau SKIM PONZI kerana memaksa agen melanggan/membeli produk.

    Kalau tak wajib beli produk, ianya bisnes bersistemkan Mlm yang sah dan halal.

    Sekian hujah, sila berdebat dengan fakta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk nak buat kerja key in data Guna hp ke?

      Delete
    2. Lesen AJL kene ada klu syarikat MLM, tp Smart Rental bukan MLM, sbb tu die punye lesen adalah under Trading License. Dan Maxmillion juga tidak perlukan AJL kerana nature of bisnes kami adalah professional service.

      Agent juga adalah satu pekerjaan yang mulia dan halal, so xde masalah di situ.

      Agen tidak diwajibkan oleh team leader, tetapi ia hanyalah syarat yang mmg ditulis dalam clause 3.1, page 2, di dalam perjanjian agent Smart Rental yang ditulis oleh legal team Smart Rental sendiri..Maxmillion cuma menyampaikan perkara yang benar sahaja..boleh baca disini https://smartrental.my/agency-agreement/

      Maxmillion bukan peluang pekerjaan tetapi kami adalah service agensi khas yang menguruskan dan membantu agent smart rental yang berdaftar di bawah maxmillion network sahaja. Smart Rental yang menawarkan peluang pekerjaan. Selain Maxmillion ada banyak agensi yang menawarkan service seperti kami..cuma bezanya system dan support agensi bagus atau pun tidak untuk bantu menjalankan kerja sebagai agent Smart Rental.

      Kami tidak mewajibkan mana2 pihak untuk sewa laptop, tiada unsur paksaan di sini, terpulang kepada keputusan masing-masing, jika anda join Smart Rental dan fulfill the requirement untuk jadi agent, kami maxmillion akan bantu dari segi training, system dan komuniti yang pastinya akan sangat memudahkan agent SR yang baru, daripada anda jd agent SR dan bergerak perseorangan tanpa bantuan dari agensi seperti Maxmillion.

      Delete
    3. Dah kata dalam iklan hanya perukan fon dan internent. Masih tanya nak key in guja phone ke..

      Delete
  3. terima kasih lah ya, rajin benor nak menaikkan rating kami..terima kasih daun keladi... (*website awok pun guna blogspot jer, free, just nak ada content2 supaya nak jatuhkan orang lain. sedar lah diri sikit wahai generasi delusional...

    ReplyDelete
  4. Kalau korang ada community, tolong lah buat content mcm ni banyak2 utk naikkan brand Maxmillion..kalau boleh buat 10 page, buat 10 page mcm ni..kalau boleh buat 100 page, buat 100 page..kami tumpang lah rezeki mana tahu dapat prospek yang terbuka hati hasil dari content2 dari komunit korang..hehehe

    ReplyDelete
  5. Camno nih.. nak mohon kerja tapi kene bayo yuran ahli.. hadoila😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pelik gak kenapa nk kerja tapi kene byr yuran ahli rm19.90.. Pelik2..

      Delete
    2. Dari sudut pandangan positif, MM membuka peluang kepada semua orang diluar sana utk menjana extra income 100% online dari rumah melalui affiliate program. Jika faham dengan konsep affiliate program takda isu pun.

      Delete
    3. hihi join affiliate tiktok pun tak kena keluar duit encik oi . saje nak kaut untung je

      Delete
  6. Maxmillion ini adalah investment scammer. Sama macam kompeni loan scammer. Sekiranya anda menjadi mangsa dan tidak dapat deposit duit, mereka akan menghantar nama dan ic anda kepada team yang handle loan scammer kononnya mangsa telah meminjam duit dan tidak mahu membayar duit pinjaman dan membuat ugutan dengan viralkan mangsa kepada semua contact list sedangkan sepatutnya investment tidak ada kaitan dengan loan. Hq mereka ni kat kl, dalam website ssm tu mereka sengaja memancing mangsa dan letak lokasi dekat sempadan thailand sekiranya ada mangsa yang tidak berpuas hati dan mencari mereka . Alamat yang dalam website mereka pun palsu. Gambar tu semua mereka amek dari kompeni lain. Saya mengharapkan ini member pencerahan kepada semua sebelum terlambat. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maxmillion takde satu pon pasal loan semua ni , jangan fitnah ya

      Delete
    2. hampir2 nk transfer 19.90. tp pkir balik, mcm was2. check2, scammer. slmt data den

      Delete
    3. ishh sya dh dftar jdi vip MM dh transfer 19.90 mcm mna ni MM tu scam ke tak

      Delete
  7. uishh nasib la trjoin...sbb tgk dkt tiktok iklan nie pikir mcm wow...tp sblom tu chck background company dlu...sbb tgk website mcm ermmm ...mujur laa check background klau x mmg ikut tertipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg srs tipu ke wak.. sbb sy nk join mm malam ni.. bace semua feed mcm tk oke.. takut plk nk join

      Delete
  8. Saya sedang mencari kerja part time, jumpa iklan masuk WA bertanya dulu. Bila semua skrip mcm tersusun je dgn makluman ada register fee sebanyak RM19.90 ni buat saya curious, teringat pengalaman sama pada tahun 2010 dahulu. Luckily bila Google Search, found out this page. Thank you for sharing. Freshies just be careful, I'm nearly 40. Pengalaman lama buat sy berfikir panjang. Now everyone struggle for money but still ada pihak take for granted. To this compaby, please just be crystal clear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius lah baru nak join company tu sbb saja nk buat part time sekali jumpa this blog.

      Delete
  9. Sama, saya ingatkan data entry, sebab saya mencari part time yang itu. Rupanya key in data org masuk bawah kita, kira owner untung atas angin, duit hasil orang daftar tu yang rolling balik jadi income. Saya tanya juga kenapa tak ada perniagaan sendiri, apa tujuan bisnes dan company, apa cuba diketengahkan dari company. Tapi ayat semua reply ulang sama-sama. Ramai pulatu berniqab buat malu saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak betul2 online work, boleh ke upwork, swifty or freelencer.com. itu platform yang betul. tapi tetap tak lari dengan scammer. so baca description sblm terima apa2 job. kalau hirer dealing luar dari platform=scam. sekian

      Delete
    2. nasib baik google dlu..klo tk hmpir jugak terjoin.

      Delete
  10. Terima kasih share
    Hampir terjerat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same lah kite. Tertarik iklan part time kata key in data, last2 kne byr register ahli pulak, tgok yg tiktok berniqab tu ckp pasal MM ni, ade yg tnye kena cari org ke? Dia jwb kena cari, takkan goyang kaki je. Terus cancel nak join

      Delete
  11. Terima kasih share. Baru semalam tertarik tengok iklan dia, klink wasap, lawa je ayat iklan last2 ayat hujung kena dftar ahli vip rm19.90. Kate kerja key in data tapi kena daftar bayar pulak. Tengok dekat tiktok bhagian komen ade yg tanya kena cari org bwh ke,?, tuan post kate kena cari, takkan goyang kaki je tak cari org. Terus cancel nak join

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngam lah. sebbaik buat research dulu. sembang data entry, siap iklan tak ada buat sales, tak payah cari orang, rupanya2...hahahaha anjirr sungguh. kena bayar pulak lagi tu. baik buat food delivery. kurang2 duit mmg confirm dapat dah. lagi rajin lagi bnyak. ale utohh.

      Delete
  12. wehh thanks korang kongsi pengalaman. aku bru tgk iklan ni. so aku buat research dulu. mujur x join. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama.!! since dah ada yg kata unsur2 scam mmg takmau la aku

      Delete
  13. Tq infonya. Dah baca komen kt sini xjdi la teruskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mntap geng. nasib x terpedaya. siap kena dgar webinar smpai sejam. hati2 yee smua

      Delete
    2. Aku dah terjoin dahh..menyesal pun ade ingat kerja keyin data rupenye cari orang..kalau bisnes mesti ade kerjanya macam ade produk ke..Adoii rugi 20 hiengget

      Delete
    3. HAHAHHAH sama la aku pun tngk webinar dia 1jam

      Delete
  14. well well scammer detected! 🤣 hidup tahu nak scam orang je lol sekarang zaman susah cari duit, bila la agaknya manusia manusia suka scam ni nak berambus.. mati la cepat

    ReplyDelete
  15. Baru habis dengar webinar. Bila diamati macam wow, sebab ajar macam mana nak buat posting di social media, Auto Chat/reply.. Tapi modus operandi kena keluarkan rm19.90 untuk affliater MM dapat rm10/sekepala. Keje ke sedekah ni. Ni sama macam Scammer yg suh like posting dekat socmed, dia bagi korang rm10, rm30. Macam² orang nak kaya sekarang dengan gunakan orang lain. Ingatlah syurga tu mahal. Udah2 lah buat keje camni. Kesian pada kami yang memang nak duit extra. OK LAH DONE BEBEL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ker nak join elite kena bayar rm 16,kenape u kena bayar rm 19 lebih? Aq nak join ragu ii siak

      Delete
    2. Konsep kutip duit orang, bahagi dua dgn bapak scammer, kita terima separuh, jadi anak scammer...bertaubatlah weh

      Delete
  16. hampir nak transfer fees, tapi still google sbb curiuos lg..huhu.. dh dgr webinar smp sejam, tp still otak n hati berkata, yg untung korang, kami still kena buat keje copy paste n all..huhu alhamdulillah lega..

    ReplyDelete
  17. Baru je lepas dengar webinar dia hahahhaha aduhh nasib baik tak terjebak selamat duit rm19.90 boleh makan kepci esok HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalahhh...tgh dengan webinar. sambil2 google sbb tak puas hati..nk kerja tp kene bayau.

      Delete
    2. Alahai...rm19.90 pon korang nak berkira macam rm1900, padahal korang dapat ilmu macam mane nak niaga online, kau ingat ilmu niaga online ni senang ke nak dapat dgn harga tu

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Betul. Kalau faham sistem affliate tak de isu. Dan.. rm19.90 utk dgr webinar, belajar ilmu.. ya Tuhan... murah gilerrr.

      Delete
  18. Aku check kat list scammer bank negara, nama company ni tak de pun.

    ReplyDelete
  19. Alaaaaa sy dah terbagi nama , no fon n email 😭 knonnye utk sesi online webinar,dia kata lps join preview tu akan ada sesi online job training . Ada yuran keahlian RM20 seumur hidup klu berminat 🥴 ah sy taknak la join webinar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak reply dah msg dia, taknak sy msuk webinar nth pape tu 😂

      Delete
    2. saya pon dh terbagi no. fon dan nama alamak

      Delete
    3. Sma lah skit lagi terjoin terdetik hati nak buat research rupaanya hampeh

      Delete
  20. sedang mendengar webinar. awal rasa mcm terasa bodoh. tetibe tergerak hati google, Allahu..patutlah merasa ragu dlm sessi webinar. Yg membuat pelik, sy mencari kerja..tp kene bayar 19.90. Teringat sblum ni kene scam RM45 untuk berkerja dirumah proses brg dari kilang di rumah. sedihnya la bila tahu x banyak peluang pekerjaan yg betul2 pekerjaan bila melibatkan suri rumah. wlaupun 19.90 ia tetap sejumlah duit. Kan senang tulis je dekat peluang tu "key in data prospek yg kita cari"

    ReplyDelete
  21. nasib baik jumpa blog ni huhuhuhu, kalau tak lebur lah dakuu... thank you gais for the info !

    ReplyDelete
  22. Nasib baik search dulu...join webinar dia pkul 9mlm td..mula2 mcm ok dh bila msuk skop keja trus rasa ragu2 even fee 20rgt pn..saya ingat keja ni mcm key in data dari company last2 kna iklankan keja tu org dftar bru dpt komisen...emm xpala

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon terjebak pkl 9 ada webinar dgr je dulu lpas tu bla lah tak mau lah keje mcm ni....

      Delete
  23. Aduh.. Baru jumpa blog ni.. Malam ni ada join webimar.. Aku pun da terjebak.. Dgr ulasan dr semua org, keje ni x ok..ngtkan key in data. Rupanyer kena cari org bawah kita. Haihs..

    ReplyDelete
  24. Thank you semua yg comment dekat blog ni. Luas mata saya. Terima kasih selamatkan saya dari terjebak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3. Tq la semua yg share. Terus tak jd nak join webina, dah la sejam. Malas betul aku nk dgr, dah agak mst merapu2 je

      Delete
    2. Thanks guys s for sharing.. Sy pum hampir terjebak ni.. Nasib baik baca maklumat2 dlm ni.. Klu x, sy dh daftar dh.. Tapi dia ckp xde org bwh slepas sy tnya kna cari org bwh ke?.. Dia ckp kja ni bukn wktu mlm..

      Delete
  25. tq do nasib tgk google dulu kalau tak dah join sbb kat tiktok tu

    ReplyDelete
  26. Aku pun almost terjebak. Thankyou semua yang comment. Sumpah membantu

    ReplyDelete
  27. syukur lah jumpa blog ni.. t.ksh sharing.. nampak mcm jawatan kosong x wujud, yg wujud mostly MLM hmmm.. yg menipu jawatan kosong..

    ReplyDelete
  28. saya pun baru je join whatsapp mereka. katanya ada hampir 5k yg whatsapp nak join kerja nie. habis penerangan pasal kerja tu saya mcm tak puas hati dan tergerak nak check kat google sampailah jumpa page nie. nasib tak join lagi. katanya hanya 40 slot je bukak. dlm whatsapp group tu ada 600 org. tu tgh berebut rebut la tu masing2 nak join. setakat nie tinggal 23 slot je lagi. ntah lah x tau nak percaya atau tak. apa pun terima kasih pada yang sharing ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5000 nak hulur leher RM19.90 cer hang kira, berapa bapak scammer kutip,...rm99,500, bapak nak bagi anak mesti bersyarat, kan..!! Jgn terpedaya dgn teknik penipuan ni. Pakai nikab tapi scamming...bogel lagi baik kakja

      Delete
  29. Aku baca comment semua sambil dengar webinar dia ye HAHAHAHHAA, thank you pada yang memberi kesedaran supaya tak join. Mula mula pelik jugak sebab kita nak kerja dah kenapa kena bayar kan? Hahaha thank youuu semuaaa

    ReplyDelete
  30. hi. tengah dengar webinar. Deme kabo live. Tp tengok pun tahu semua ni recorded.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, kita pon samo. Dengar live n reading this😂 recorded live

      Delete
  31. Alhamdulillah aku jumpa orang yang explain pasal Maxmillion ni. Tadi terniat nak join, tapi terfikir apa aktiviti perniagaan yang dijalankan dan buatkan aku rasa nak buat research. Dunworry aku dah maki salah sorang ejen maxmillion bodoh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak scam la allahu ksian agent tu 😭😭😭 jahat bodo blogger ni , aku ok je buat masuk je rm10 😭😭

      Delete
    2. Scam lah tu bang. Maksud scam ni penipuan. Iklan cakap kerja key in data tapi kita kena cari orang untuk join sekali. Kalau ada orang join dan bayar fee tu baru kau dapat rm10. Ni bukan kerja key in data. Kerja key in data tu, company akan bagi data untuk kita masukkan dalam sistem mereka pastu kita dibayar gaji bulanan. Bukan dibayar ikut berapa kepala yang join company ni.

      Delete
  32. Baru je selesai tgok webinar dia tadi sejam lebih mat, pastu at the end of webinar dia sruh byar fee 19.90 Aku pelik la jugak nape pulak nk kena bayar bagai, alhamdulillah tgok blog ni semmua kongsi pengalaman do xjadi byar hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak scam la weh 😭😭😭

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Mesti tido masa webinar free. Tu sebab blurr tak tahu nape kena fee rm19.90. Itu lah dia manusia.. bila FREE mana ada nak hargai.. pastu gi fitnah org scam.. kalau faham affliate, tak de isu..

      Delete
  33. hahaha...bakal terjebak jgk malam ni tpi nasib jumpa page ni dulu...

    ReplyDelete
  34. Terima kasih sangat sbb buat post ni. setidaknya sya x terkena. sy pernah jumpa skop kerja mcm MM tapi dia kna pos surat beratus2 then dpt duit. sblum nk join kna byr. rpanya surat2 tu surat iklan utk join bnda yg sama. mknanya org akn dpt join lpas org tu join. gitulah rolling2 nya. skop kerja yg tak jelas dan tak telus, berhati2lah. sbb sumber tu nak jadi drh daging.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak scam la weh 😭😭😭😭

      Delete
    2. Ko boleh pergi mampus kot kat semua comment ko cakap tak scam padahal dah sah sah scam. Bodoh ke mintak kerja pastu kena bayar? Apply kerja nak jadi manager pun takde kena bayar la bodoh

      Delete
  35. Scam rupanya.Trima kasih infonya

    ReplyDelete
  36. Ala...dh byr dh.....rugi betul rm19...tq sbb bg pencerahan...so anggap la xde rezeki rm19 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh awk tk bce ke training smua yg disediakan tu , saya pn bru je join tp dpt la rm10 for the starter , ni bru nk share byk ii lgi

      Delete
    2. Yerlah.. dah alang2 terrrbayar tu cuba manfaatkan.. buat je. At least kasi pulang modal. Jgn cepat sgt sebati ngn fitnah... huhu

      Delete
  37. Tq pembuat blog ni...n tq kawan2 yg share info2...so boleh dirumuskn benda ni takde real bisnes...cume cari org dan roling utk dpt komisyen....done block admin yg invite aku td hahahha

    ReplyDelete
  38. Author buat vlog ni bapak jahat seh , aku gaji masuk ok je buat maxmillion ni 😭😭😭 dosa eh ko tutup pintu rezeki org , klau kau delete comment aku ni mmg aku tk maaf kau dunia akhirat sbb ko tutup pintu rezeki org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Share lah pendapatan tu. Yang dosa tu bila turut serta menipu cara yang sama.

      Delete
  39. Dari Borneo sabah dan sarawak


    kiranya kami travel dan perancangna mahu buat partime dengan MAXMILION, tapi rupanya memang tidak boleh pakai dan scam MLM, sy tidak mahu tertipu. MESTI deposit dan bayar kepada company dulu 19$ utk dapat data dan perlu modal. kadang keran terpaksa , kesain ramai yang mencari kerja dan partimer terpaksa join dan akhirnya tiada maklumat dan data.



    terlalu meremehkan agama dan pusing pusing cerita dan ulang ulang sahaja itu percakapan MLM. sy sudah buat laporan di SKMM ada unsur MLM dan wang beberapa staff lain juga tidak membuahkan hasil.

    saya bagi pandangan . JANGAN JOIN MAXMILLION > shame on u who making on the platform using other money to gain the benefits on the company yet the payment wont be secure tho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part mana yg guna agama ? U ingt sistem yang dorg buat guna apa ? Tools yg dorg bagi buat guna apa ? Niat ke ?

      U pergi kerja guna niat ke ? 🤭 tak faham bertanya bukan buat keputusan melulu tp tak faham konsepnya .

      U masuk kolej or universiti pon kena bayar , padahal u nak belajar tuntut ilmu dengan jaminan keluar dapat kerja. Tp tak dapat kerja pon . Tu nak ckp mcm mana ?

      Delete
  40. Orang yang artikal ni dah pernah join preview ke ? Ke dengar melalui mulut org lain ?

    ReplyDelete
  41. ARTIKAL NI PENIPU LAH ! Jahat aniaya macam ni . Kau tak check asal usul company pon . Kau ckp mcm kau dah join . Kau rosakkan periuk nasi org lain . Golongan suri rumah elok je buat duit hari² . Dapat ilmu , mcm² lagi . Dari dulu suka nak makan pon caru , tak tahu pasal internet , skrg byk ilmu yg dapat .

    Memang kena bayar rm19.90 utk komitemn , maintance , sistem . Lepastu sistem yg korg dok run tu guna air liur ke ? Tools yg dorg guna tu hasil dari kasih sayang ? Upah staff buat video , bahan semua guna akad je ke ?

    Nak tanya , kau pergi kerja kerja guna niat ke guna duit ? Duit minyak rm200 , duit makan rm300 macam² lagi yg kau kena keluarkan .

    Kau buat affiliate pon kau kena beli barang utk review . Kau masuk tandas awam pon kau kena bayar 50sen . Yg tubkenapa kau taj cakap kenapa kena bayar . Padahal kau nak berak kencing je .

    Kau ingt doa org teraniaya ni berkat . Kau buat artikal bodoh tanpa periksa , tak join pon lepastu semua org percaya .

    Kau delete komen aku , aku doa khas utk kau haribjumaat ni !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah tak akan izinkan kau doa apa2 jumaat ni, mudah2an awak selamat dunia akhirat dengan niat tu.

      Delete
    2. jadi betulla keyin data tu data org yg kita cari? bgitahu la skop kerja betul2 kt ads bukn blik2 “pm nmbr ni” lol scam

      Delete
    3. I rasa pihak MM patut tukar iklan Jawatan Kosong sebagai Affliate Admin secara online. Baru jelas. Wlpun dia defebse kata bukan scam n bukti2 semua legit biz MLM what so ever.. tapi wording tu tak jelas kalau dlm islam panggil ada unsur "gharar" di situ. Dia ok je kalau bgtau, KERJA ADMIN ONLINE dlm affliate program. Dan org yg hooked tu, dia JELAS dari AWAL.

      Tapi yerlah marketing plan dorang ada penyembunyian fakta disitu. Tgk dia punye Director pun kebanyakkan bukan islam.. dorang tak tau halal haram, riba, gharar dan maysir..

      Bagi i.. tgk iklan dari awal mmg ingat kije data entry key in data dari company. Bila kaji.. ohh affliate program. Kita kena buat iklan utk peluang pekerjaan ni. Dan tlg key in sesiapa yg batu nak join. Bagi dengar webinar bagi faham jalan cerita..

      Yg masuk webinar, masih lagi ragu.. mesti tak faham fan TIFO dlm webinar FREE tu.. PADAHAL SEMUA CITER DAH KAT SITU. SIAP ADA BG ILMU FREE lagi..

      Tapi biasa laa org kita NAK KERJA SENANG DGN GAJI JUTAWAN.

      Siapa nak kerja data entry, gaji rm1500 kerja 6 hari seminggu, kul 8pg -6ptg.. ada je kat NSK SELAYANG dan cawangan dia yg lain. Pergi lah appky. Serius ni bgtau..

      Mesti tak nak kannnn.. KORANG NAK KIJE 2-3 JAM SEHARI, KALAU BOLEH 2-3 HARI JE SEMINGGU, TAPI GAJI NAK rm5-6ribuuu..

      Cari kerja yg gaji macam jutawan punye, tapi skop kerja, working hours nak yg mcm scammer.. siapa scammer sbenar nya?

      Pendapat saya, MM kalau you kata bukan scammer.. you kena jelas.. this is affliate program. So org yg nak join tu tahu dan jelas apa mereka kena buat.

      Kpd yg dah terrrrjoiinn katanya tu.. dah bayo rm19.90.. buat je dulu at least dpt balik modal korang yg banyak giler sampai boleh jatuh bangkrap kalau hilang. Tolo g bgtau juga kat iklan korang sesiap.. ini affliate program.. supaya org lain helas dan korang dapat balik duot korang secara MURNI.. tiada keraguan dan penipuan.. pastu korang rasa laaaa susah payah buat iklan kata benda ni affliate tak de org nak join. BARU TAHU. Yg jelas dan join.. alhamdulillah.. dpt lah rm19.90 korang balik secara MURNI..

      Delete
    4. Org yg kata MM ni scam, dorang tak faham pun makna scam.

      Padahal sendiri scam nak kerja senang tapi gaji nak banyak

      Bagi webinar FREE tido. Komitment fee taknak letak. Org buat platform, sistem kerja semua pakai air hujan je..

      Nak cari kerja hakiki kuar umah je dah kena duit.. minyak tol parking semua..

      Tu laa.. mental bnyk sgt kena dass beksin.. 😂😂

      Delete
  42. Baru lepas dgr taklimat 1 jam ... Emm

    ReplyDelete
  43. Okey kepada yg backup bisness ni, katanya x scam bagai ... Bole beri penjelasan tak berkaitan dgn skop krja ..

    ReplyDelete
  44. Tq bang… aku lama dh perhati puak ni buat iklan dlm fb… aku gelak je yg mna komen nk tu 🤣 siot ah

    ReplyDelete
  45. Yang back up tu dah dapat gula gulakan banyak kawan2 dia dan saudara, itu yg back up berabis hahahaa

    ReplyDelete
  46. aku takleh la tgok puak2 duk defend ni. mau hampa dapat duit tu hampa dapat lah, tapi orang bawah2 hampa tu tak ketahuan lagi nak dapat apa. burn gutu ja. pekak ngguh. orang kampung pun boleh teka lah benda ni scam. busuk comment section ni dengan puak2 kena kencing.

    ReplyDelete
  47. nasib baik buat research huh hampir nk terjoin ye

    ReplyDelete
  48. saya dah banyak kenal orang MLM/pyramid, dah banyak tgok orang gagal, orang berjaya, dah pernah masuk seminar (sbb sy tolong setup audio, tak betul2 join pun). mak sendiri pun dah pernah kena mlm, ex pun dah pernah join, berpuluh ribu dia main duit orang. member pun ada yg baru2 ni try join maxmillion.

    trend dia sama ja. MLM/piramid mana pun mesti akan ada:

    - produk & 'niche' yg baru yg tak ramai orang faham
    - website/portfolio yang banyak ayat tapi tak berisi
    - pakai term2 yg susah orang nak faham
    - business model yg tak jelas, profit source company tak jelas
    - tier membership system
    - low effort high reward
    - HIDUP ANDA AKAN BERUBAH hakktuihhh
    - gambar atas stage
    - COACH yg suka tayang kekayaan dia
    - SEMANGAT YG TINGGI
    - tak henti2 iklan sbb nak orang join
    - follower yg kuat dan haters yg kuat, takda yg tengah2, sebab satu percaya buta2, dan satu mmg dah tahu benda ni scam
    - PALING PENTING RED FLAG #1 - PEKERJA BAYAR MAJIKAN
    - dan banyak lagi
    - (extra : mAlaYsiA bo0K oF rEcOrds)

    untuk sesebuah company MLM, produk tu hanyalah untuk tutup structure badan dia yg bentuk macam pyramid tu. ingatkan dah 2023 semua orang dah faham MLM n pyramid ni macam mana. terkejut jugak bila nampak orang join, lebih2 lagi yg siap defend. kerasss.

    dalam stage awal ni mungkin yg baru join still boleh buat income. tapi, pikiaq lah orang2 yg join esok, yg join tahun depan, dah takkan ada income untuk diorang, sebab dah takda sapa nak join. you got your pay? good for you lah
    not to mention, they dare to use 'pengurusan admin' as their job title when posting job vacancies. and 'kerja pakai phone'. read their job postings 4-5 times you'll melt your brain, because none of it actually makes any sense. no admins uses their phone to do their job. dannn kalau saya punya syarikat, takda nya saya nak post "SAPO NAK BUAT INCOME GOYANG KAKI" bila cari employee. kita cari employee yg nak buat kerja, bukan yg nak kaya semata-mata. also, we're supposed to apply for a job, bukan nak start biz, sepatutnya tak perlu apa2 modal pun. tAk PeRlu mOdAL my ass.

    It's always this perpetuous cycle of hirings and lies, you better bet someday it'll crumble like a rotten tree that once stood tall on a barren land, inevitable. Marah dan sedih bila pikiaq menatang ni. Terkeluaq bahasa orang puteh kakcik bangcik oii.

    Mungkin saya salah. Tapi takpa tgok 7-8 tahun lagi kaa, kalau MaxMillion masih berdiri teguh dgn bisnes yg sama, dan dapat approval dari orang2 yg dah experience, saya sendiri berani join.

    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi saya tak kata lah yg semua MLM tu scam. MLM is a legit business strat, but it requires you to sell a product. this shi? you're the product, you're the agent, and you're also the customer. lost in their twisted lies. you can keep telling yourself it's legit. maybe you're not the victim, maybe not yet, maybe you'll never will be.

      Delete
  49. saya tadi baru ternampak iklan kat tiktok, alang alang pun memang tengah cari part time. bila dah ws tu start curious tu yang search kat google. nasib baik tak join webinar lagi. tapi kalau dah tersend nama dengan nombor phone how eh?

    ReplyDelete
  50. syukur la jmpa website ni terima kasih. saya hampir nk bayar tadi. Saya tgh join webinar ni tp rasa pelik sebab di ruangan chat, saya tekan komen tpi xkeluar komen saya dan komen2 ni mcm generated. also, dia tulis live tapi ni recorded sbb dlm telegram dah ada video ni. mcm suspicious pulak. Syukur jumpa page ni TERIMA KASIH BANYAK2 sebab selamatkan kami2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cam aku yg dh ter register ni camne? Xyah join webinar dorg ke cmne? seram lak aku ngn scammer2 ni. Baik takyah join la kan. Baru la berfikir2 nak cari duit tambahan utk bantu diri sendiri and keluarga. Tup2 nk kna scam lak. Takde kje ke dorg ni

      Delete
  51. aku tengah dalam webinar maxmillion ni. tiba2 jumpa article ni.

    ReplyDelete
  52. Totally scam. Jangan la terjebak. Gila agaknya mintak kerja tapi kena bayar. Bodoh ke apa apply kerja position manager pun takde kena bayar ni setakat data entry tibehhh kena bayar. Kena cari ahli pastu key in data ahli tu pastu yg ahli tu cari ahli and the process repeated sampai mampus. Konon sharing utk ramai lebih tahu pasal kerja. Kerja apa ntah takde objektif dok cari ahli je la manjang. Pastu kena bayar lagi la bodoh

    ReplyDelete
  53. Bru je apply nk jawatan kosong maxmillion, mcm pelik gak,pastu suruh join malam ni, kalau suruh bayau jugak, x tahu la. Da la dlm akaun ada brapa je.

    ReplyDelete
  54. I already applied for this job...maigad!!! baru jumpa this blog ...huhuhu takpe kita dgr je webinar dia dulu then lps tu kita bla lah lps tahu and baca semua yang dah tertulis dkt sini...pelik jugak why keje semua jwtan sama as admin apa ntah tak igt... then baru jumpa this blog 5 minutes before webinar start and bye2....hahahaha..nasib tak kena tipu..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  55. Adehh aku dah terjoin wei. Cemana nihh. Dah bayar yuran dah. Nasib baik 20hengget je. Rasenye setakat ni takde lg masukkan confidental data. Harap2 everything fine lah ye. 🥲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah bayar tu, boleh try2 teruskan dulu kalau ada masa. Tengok siapa untung/rugi kat mana yg tipu kat mana yg betul. Baca ayat2 bullshit dorang tu. Tp jangan lah keluar duit kalau ada dorang mintak. Sambil2 tu boleh lah siasat apa yg tak kene dengan company n system ni. Always be sceptic. Nanti report sini. Hehe

      Delete
  56. Tengok agreement smart rental tu pon banyak formatting error. Tak semua company yg ada formating error ni scam tapi sangat suspicious lah, or at least unprofessional. Selalu bila legal team yg legit buat paperwork, takde error2 obvious camtu.

    ReplyDelete
  57. saya try bertanya dalAm webinar TU hakitatnya semua tu hanya record vediO,, BUKAN LIVE WEBINAR...LAST2 SEMUA KOMEN SY TU HANYA SY SAJA YG LIHAT,,, MCM KENA BLOCK DR VIEW LAIN LIHAT...
    TP PENGALAMAN SAYA.. SEMUA KOMEN YG BAGUS2 DALAM TU SEPERTI RASA TERUJA.. SEMUA TU HANYA SCRIPT CHAT...

    ReplyDelete
  58. YANG PASTI MAXMILLON NI SCAMMER.. SBB PRODUCT X ADA... PERKHIMATAN WEBBINAR TU HANYA RECORD DAN DIULANG2 SERIBU TAHUN SELAGI MARKET UNTUK SCAM OK... SEMUA KOMEN DI MEDIA DIORG YG X OK DIORG AKAN DELETE.DARI PANDANGAN UMUM.TERMASUK LA KOMEN DLM WEBBINAR TU KLU KOMEN BERTANYA BUKAN2 DIORG AKAN BLOCK UNTUK PUBLIC.. KOS SYSTEM DAN KOS PROMO YG DILAKUKAN BERBANDING KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI DARI HASIL ORG JOIN (org bawahaN/DOWNLINE) BERLIPAT GANDA.....KEUNTUNGAN HANYA DIPEROLEHI DARI YURAN DAFTAR NEW MEMBER..RENEW TIAP BULAN SYSTEM EMAIL AUTORESPONDEN/WASEPME DAN TOYYIBPAY BERAPA JE.. DAN YANG PASTI SUATU HARI SYSTEM MLM TANPA PRODUCT HANYA PEROLEHI KEUNTUNGAN DARI ORG BAWAH YG BARU JOIN AKAN JADI TEPU...(TERHENTI DENGAN SENDIRINYA) SBB DAH SUSAH NK CRI DOWNLINE BARU...YNG PASTI PELOPOR ATAS DAN RAKAN YG HANDLE SISTEM NI UNTUNG BESAR.. ORG YG JOIN PROMO SANA SINI IKUT CKP LEADER ATASAN TP X ADA YG JOIN AKAN RASA DIZALAMI.... DENGAN AYAT POWER DIORG.. KO BUAT KO DAPAT LA.. TP ORG DAH BUAT PROMO SANA SINI (KIRA BUAT KEJE LA TU) KLU X DE ORG JOIN JUGAK X DAPAT APE WALAUPUN DAH BERBULAN BUAT PROMO DI MEDIA SOSIAL..

    ReplyDelete
  59. https://www.academia.edu/44993850/MLM_MENURUT_PERSPEKTIF_ISLAM BACA DAH HADAM NI... TP RAMAI X NAK AMBIL TAHU SBB OTAK FIKIR DUNIA JE....MONEY IS KING.. ESOK KO JWB JE LA KAT SANA,,

    ReplyDelete
  60. Alamakkk saya bru nk join virtual meeting dorang mlm ni pkul 9pm.. ok lah cancel tak jadiiiiii

    ReplyDelete

Post a Comment